Saturday, November 20, 2010

THE ARRIVAL...

Mudahnya kafir menjajah kita.....

sekiranya salib dikalungkan ke leher kita, sudah tentu sebagai seorang muslim kita menolaknya...tetapi.....kita x pula kisah pabila memakai jersi yang tertera lambang salib!!!Renung2kan ...

Pengajaran Jangan Tamak..........

video

Wednesday, May 12, 2010

Hamba yang Berjiwa Hamba...

Firman Allah dalam al-Quuran yang bermaksud"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"....

Ayat di atas sememangnya sudah pun kerap kali kita dengari bahkan ramai yang menghafalnya.Namun sejauh manakah penghayatan kita terhadap ayat ini?Atau sekadar menjadi ayat lazim untuk dituturkan di bibir sahaja?

Islam sebenarnya merupakan agama yang lurus lagi lengkap.Tiada suatu masalah pun yang wujud melainkan dapat diselesaikan melalui kaedah Islam.Atas dasar itulah Islam dijadikan sebagai 'way of life' atau sebagai 'addin' yang memandu manusia keluar dari cahaya kegelapan menuju kepada satu prinsip mentauhidkan Allah.Selaras dengan itu,seharusnya kita yang berfikiran waras serta mempunyai akal yang sejahtera meletakkan diri kita sebagai insan yang bergelar hamba yakni hamba yang memperhambakan diri kepada Rabbnya bukan selain dari Dia.Tugas sebagai seorang hamba ialah 'imtisal bi awmirihi wajtinabin nawahihi' iaitu melaksanakan segala tuntutannya di samping menjauhi segala larangannya.

Namun apa yang berlaku pada hari ini ialah manusia bersikap lagak seorang tuan yang menumpang bumi kepunyaan Allah Taala.Segala perintah dan larangan tidak diendahkan walaupun pada hakikatnya membawa kebaikan kepada manusia.Benarlah Firman Allah Taala yang bermaksud 'sesungguhnya tabiat manusia itu bersikap zalim serta jahil'......Wallahua'lam

KEKAS -Kem Kenari, Yan

KEKAS -Kem Kenari, Yan